Sunday, November 28, 2010

Monday, November 15, 2010

GRADUASI 2010 PERINGKAT DAERAH KULIM/BBAHARU











Hari Keluarga & Majlis Perpisahan

Mencari coklat dalam tepung.... ambik dengan mulut bukan tangan ok...

Ni pula apa kena?? tak dak kain nak buat baju dah ke??

Guna Hailer pun jadi..tu la Jabatan bagi kat cikgu sorang satu kan senang....



Friday, November 5, 2010

Tabikarama Peringkat Daerah Kulim/Bandar Baharu KTP Taman Selasih 2& 3 Menang lagi (Naib Johan)

Anak-anak muridku yg comel2 & cute
Menari pun boleh tahan... nampak riang

Ni pulak pi menjaja ikan

Dayung sampan
Pelakon utama ....2 tahun berturut-turut jadi hero



Sunday, August 29, 2010

Thursday, August 26, 2010

Lembaran kerja Tema Kenderaan

Jika sesuai gunakan untuk P&P cikgu..sama2 kita kongsi


PETUA PEMUDAH ANAK BELAJAR

Salam..
Saya ingin kongsikan dengan tuan-puan tips untuk memudahkan anak belajar dengan izin Allah. Tips ini di e-mailkan oleh seorang rakan. Adalah lebih baik saya muatkan dalam blog ini untuk dikongsikan bersama rakan-rakan. Amalan ini amat sesuai dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa.
1. Setiap pagi sebelum pergi ke sekolah berdiri belakang anak,& kedua2 (anak & ibu atau bapa) menghadap kiblat. Letakkan kedua2 telapak tangan ibu/ayah yg dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut... lepastu bacakan al Fatihah & Alam-nash-rah hingga habis.pastu niat dalam hati mohon pada Allah "Ya Allah pemudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan ati & ditetapkan iman & lain2 doa yg nak dihajatkan"
lepas itu kucup dahi anak & pergi le kesekolah.
2. Jangan malu untuk kucup dahi anak setiap pagi walaupun anak dah besar..ini akan membuatkan anak-anak akan rasa dihargai.
3. Jangan gunakan tapak tangan untuk tampar anak-anak. Tapak tangan mengandungi aura tertentu dan gunakanlah ia untuk kebaikan.
Nasihat daripada pengirim e-mail ini. “ Tanamkan semangat untuk buatkan setiap hari dan anda lihat kesannya…kalau tak dapat setiap hari, 2 hari sekali, seminggu sekali…JANGAN TAK BUAT LANGSUNG.. InsyaAllah..nasihat saya..anda masih belum terlambat..buatkan sekarang pada semua anak-anak sehingga mereka dewasa seeloknya ibu & ayah kedua2 sekali buat... semasa anak2 nak pergi sekolah atau sebelum tidur atau bile2 teringat...
insyAllah anak akan dengar cakap ibu ayah & terang hati..
boleh share dengan kawan lain...”
* Sebagai ibu bapa dan pendidik jika ada kelapangan marilah sama-sama mencuba petua ini dan semoga diberkati Allah. Sama-samalah melahirkan insan yang kamil pada masa akan datang. kitalah yang membentuk dan mencorak hala tuju mereka.

Monday, August 16, 2010

Semarak 1 Malaysia




Kena pupuk semangat kemerdekaan pada semua kanak-kanak kerana mereka ni la pelapis masa depan negara...

Tuesday, August 10, 2010

Mewarna bersama Waris


Penyertaan Tabika di sekitar Taman Selasih....Mewarna bersama waris masing-masing. Dua2 kena kreatif baru boleh menang...

Friday, June 18, 2010

Thursday, June 10, 2010

Sukandidik Tabika perpaduan Peringkat Daerah

Sukandidik telah berlangsung dengan meriahnya di Padang Awam Taman Kenari....Padang yang sunyi tiba2 meriah....Semua kelas TBK Perpaduan Daerah Kulim menyertainya

Tuesday, April 6, 2010

Projek Waris Bersama Kanak-kanak

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberi sokongan dan kerjasama bagi menyiapkan kerja projek ini. Nampaknya mendapat sambutan. Tengok tu siapa sangka jadi macam tu. ha....tak sangka lahir macam-macam idea. Boleh buat taman 1 malaysia.....


MOTIVASI KEIBUBAPAAN


Thursday, April 1, 2010

Wednesday, March 24, 2010