Thursday, August 26, 2010

PETUA PEMUDAH ANAK BELAJAR

Salam..
Saya ingin kongsikan dengan tuan-puan tips untuk memudahkan anak belajar dengan izin Allah. Tips ini di e-mailkan oleh seorang rakan. Adalah lebih baik saya muatkan dalam blog ini untuk dikongsikan bersama rakan-rakan. Amalan ini amat sesuai dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa.
1. Setiap pagi sebelum pergi ke sekolah berdiri belakang anak,& kedua2 (anak & ibu atau bapa) menghadap kiblat. Letakkan kedua2 telapak tangan ibu/ayah yg dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut... lepastu bacakan al Fatihah & Alam-nash-rah hingga habis.pastu niat dalam hati mohon pada Allah "Ya Allah pemudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan ati & ditetapkan iman & lain2 doa yg nak dihajatkan"
lepas itu kucup dahi anak & pergi le kesekolah.
2. Jangan malu untuk kucup dahi anak setiap pagi walaupun anak dah besar..ini akan membuatkan anak-anak akan rasa dihargai.
3. Jangan gunakan tapak tangan untuk tampar anak-anak. Tapak tangan mengandungi aura tertentu dan gunakanlah ia untuk kebaikan.
Nasihat daripada pengirim e-mail ini. “ Tanamkan semangat untuk buatkan setiap hari dan anda lihat kesannya…kalau tak dapat setiap hari, 2 hari sekali, seminggu sekali…JANGAN TAK BUAT LANGSUNG.. InsyaAllah..nasihat saya..anda masih belum terlambat..buatkan sekarang pada semua anak-anak sehingga mereka dewasa seeloknya ibu & ayah kedua2 sekali buat... semasa anak2 nak pergi sekolah atau sebelum tidur atau bile2 teringat...
insyAllah anak akan dengar cakap ibu ayah & terang hati..
boleh share dengan kawan lain...”
* Sebagai ibu bapa dan pendidik jika ada kelapangan marilah sama-sama mencuba petua ini dan semoga diberkati Allah. Sama-samalah melahirkan insan yang kamil pada masa akan datang. kitalah yang membentuk dan mencorak hala tuju mereka.

No comments:

Post a Comment